Adapun dok katakan Budget 2010 telahpun selesai dibentangkan dengan semangat rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan berserta dengan monsoon yang akan tiba tidak lama lagi, maka sebab itu aku disini belum lagi makan malam.
Lauk nya dok katakan ikan kering yang masin saperti air laut yang bergelombang ombaknya hingga sampai ke muara-muara sungai yang airnya selalu surut dan pasang dua kali dalam sehari. Walau macam mana pun usahlah dok hiraukan sangat dengan sungai yang panjang dan airnya yang melimpah ruah dari muara ke hulu-hulu sungai itu, sebab pastinya esok aku akan makan ikan kering lagi saperti selalunya sehingga ke monsoon seterusnya..
Assalamuaalaikum..
Adapun dalam sehari-dua ni, ada le teman menggodek kesana-sini dilaman sesawang, sekejap ke sesawang politik, sekejap buka email, sekejap ke blog rakan-rakan blogger... bukan le apa, kalau kita sesama rakan blogger tak sudi baca artikel/petikan rakan blogger lain, agak2 nya sape le pula yang sudi baca artikel/komen diblog kita kan. Lain le sekiranya blog kita tu dah established atau khusus kepada sesuatu yang benar-benar dapat menarik minat dan menjadi kesukaan ramai.
Oh ya apapun nak cerita, dalam waktu teman dok menggodek kesana-sini tu..ada le teman terbaca akan kisah kewujudan ikan duyong di Sabah siap dengan video clip nya sekali. Dalam dok tengah syok tengok video clip tu, terlintas le difikiran teman yang dangkal ini tika itu dengan persoalan adakah benar wujudnya ikan duyong di alam nyata ini atau sekadar dogengannya sahaja.
Kalau tak wujud, kenapa pula namanya disebut-ceritakan orang, di video klipkan orang dan di ambil gambarkan orang sebagai bukti kehadirannya. Dari dulu (ceritanya disini - wikipedia) hingga lah sekarang (sapertimana video klip dibawah).
Kalau benar-benar wujud, kenapa pula tidak dihebahkan kepada orang ramai secara rasmi. Bukan kah itu lebih elok disamping dapat duit, juga boleh le membantu orang-orang yang pakar mengenainya menyelidik dan berbahas termasuk ulamak-ulamak.
Ya le rakan-rakan, kita sebagai muslim ni mesti le rujuk kepada Al Quran dan hadith dulu juga rujuk/dengar apa kata ulamak dulu. Apa kata mereka tentang duyung ini, contohnya bukan ke separuh daripada tubuhnya itu manusia. Takkan le tergamak kita nak panggilnya dengan nama ‘binatang ikan Duyung’ sedangkan ‘main body’nya manusia, lagikan orang yang tak berpaha(maaf kalau terkasar – penulis) pun kita panggil manusia. Tambahan pula orang-orang putih memanggilnya ‘mermaid’ untuk betina dan ‘merman’ untuk jantan. Kalau lah rakan-rakan kata tidak boleh dipanggil manusia kerana habitatnya didalam air tetapi bagaimana pula dengan ia juga dapat menghirup udara saperti kita –gamaknye le, teman sendiripun tak pernah tengok hehehe...
Hah! Itu satu hal yang bermain-main dikepala teman, apa hal pula sekiranya ia dipanggil ‘manusia duyong’. Huh!, nampaknya lagi haru dan tambah celaru fikiran teman ini....apapun teman tak nak fikir panjang lagi dah! Jom, pi kedai minum teh secawan. Tapi sebelum tu, cuba lah godek-godek sekali lagi disini – wikipedia. Kalau diamati disitu tidak ada satu pun dongengan2 ikan duyong ni berasal dari orang-orang Islam terdahulu selain dari ‘hikayat 1001 malam’ spt yang dinyatakan dan apa yang jelas dinyatakan disitu, pada August, 2009(masih baru), di Bandar Qiryat Yam, Israel ada menawarkan USD1 juta kepada sesiapa yang dapat membuktikan kewujudan ikan duyong. Ini kerana sedozen rakyatnya telah menyaksikan ikan duyung melompat-lompat keluar keudara sebelum kembali ke laut dalam.
Wallahua’alam.
Adapun tercatat dalam sejarah Islam satu peristiwa hitam yang tidak dapat dilupakan, iaitu raja yang banyak membuat kezaliman dan pembunuhan serta bertindak sewenang-wenang terhadap rakyatnya.
Satelah kewafatan baginda Rasulullah SAW kepimpinan Islam diambil alih oleh para sahabat-sahabat Nabi yang bermula dari Saidina Abu Bakar, satelah wafat Abu Bakar kemudian digantikan oleh Saidina Umar, satelah wafat Saidina Umar digantikan oleh Saidina Usman, satelah wafat Usman digantikan oleh Saidina Ali.
Sewaktu pemeritahan Islam dipikul oleh para sahabat-sahabat yang empat tersebut, keadilan, keharmonian serta ketegasan Islam dapat dirasakan oleh setiap pemeluk agama Islam.
Begitulah keadaannya hari demi hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Berubah keadaan khalifah-khalifah yang memimpin dan mentadbirkan Islam, berganti dari satu pemimpin kepada yang lain. Sehingga akhirnya sampai pada masa satu masa kerajaan Islam dipimpin oleh seorang raja yang bernama Hajjaj bin Yusuf.
Hajjah bin Yusuf adalah seorang raja yang sangat kejam, sehingga semua orang tahu kekejaman serta tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang raja. Segala kehendaknnya mesti berlaku tanpa meminta pendapat daripada orang lain, seolah-olah dia sahajalah yang boleh mengeluarkan pendapat , dan dia juga menganggap segala pendapatnya adalah benar lagi betul sedangkan pendapat orang lain tidak benar dan tidak betul. Oleh kerana itu sesiapa sahaja yang berani menentang pendapatnya pastilah ianya akan menghadapi satu risiko yang amat berat, jika tidak dibunuh, mesti akan dipenjarakan sampai bertahun-tahun, padahal kesalahan yang dilakukan dengan hukuman yang diterima oleh seseorang tersebut tidak sepadan.
Demikianlah kerajaan Islam pada masa itu sehingga dalam catatan sejarah terlalu banyak manusia yang terbunuh sampai berpuluh ribu manusia, dan banyak lagi yang dipenjarakan, dengan sebab kesalahan amat kecil. Tiap-tiap hari ada sahaja orang yang kena pancung. Dialah raja yang sangat zalim didalam sejarah Islam. Tidak ada raja yang lebih zalim daripadanya, padahal masa itu masih ada beberapa orang sahabat yang masih hidup, diantaranya adalah Anas bin Malik.
Satu ketika pergilah beberapa orang untuk bertemu dengan sahabat Nabi untuk menceritakan hal Hajjah. Diantaranya adalah Zubair bin ‘adi.
Zubair bin ‘adi berkata: “Satu hari kami pergi menziarahi sahabat Rasulullah SAW yang bernama Anas bin Malik. Lalu kami mengadukan dan menceritakan segala kezaliman yang dilakukan Hajjah bin Yusuf kepada rakyatnya.
Anas bin Malik mendengar pengaduan kami lalu ia berkata “Tiada dari satu tahun kepada tahun yang lainnya, melainkan tahun yang kemudiannya lebih jahat dan lebih besar bala dan celakanya daripada yang dahulunya sehingga kamu sekelian akan berjumpa dengan Tuhan kamu (mati), maka jika demikian keadaannya, pada masa yang akan datang bererti hari ini lebih baik daripada hari esok, dan hari esok pula lebih baik daripada hari yang berikutnya. Oleh itu hendaklah kamu sabar dalam menghadapi kehidupan dunia yang sebentar ini. Tiada rasa senangnya dan hari rehatnya semasa didunia ini. Pastilah kamu akan merasakan kehidupan dunia ini kadang-kadang suka dan kadang kala pula duka. Sebentar pula akan merasakan sedap dan tenang hati dan sebentar pula akan merasakan keluh kesah dan susah hati. Tiada ganti tahun melainkan tahun yang lepas itu adalah lebih baik daripada tahun yang akan datang. Aku telah dengar daripada perkataan Rasulullah SAW tahun ini lebih baik daripada tahun yang akan datang”.
Ini adalah statement seorang rakyat golongan bawahan yang seharian mencari rezeki yang halal untuk anak dan isteri cukup bulan gaji habis cukup-cukup je.
Sebenarnya aku malas nak bicara pasal politik yang tak berkesudahan lebih baik aku bicara bagaimana nak tambah pendapatan untuk keluarga aku, tapi apakan daya sekarang ini di Malaya ini rakyat sudah tidak menjadi tuan lagi kerajaan yang berkuasa keatas rakyat.
Rakyat Malaya kalau mengikut statistic terkini lebih 52% menyokong pakatan rakyat(undi popular)bagi aku ini juga tidak mencerminkan kebagusan pakatan rakyat tetapi what choise did we have?Sokong BN barang naik!Untung kepada siapa of course kapitalis @ pemodal.Gaji tak naik rakyat tambah tertekan aku tertarik dengan statement didada akhbar sinar pandangan rakyat bawahan rata2 tak setuju dengan kenaikan kerana
1.Gaji tak naik
2.Kos sara hidup semakin tinggi.
3.Kuasa beli massa semakin mengecil.
4.Gaji pemandu tak naik.
5.Kualiti perkhidmatan pengangkutan awam tak selari dengan kenaikan tambang.Bas buruk tak tetap masa dsb.
6.Pemimpin yang ada kuasa tak pernah guna pengangkutan awam kalau guna pun hanya semasa ada press itu pun dah dirancang dulu.
Ada seribu alasan untuk tak naikkan tambang tetapi malas aku nak senaraikan pikirlah sendiri.Kalau namanya pengangkutan awam sepatutnya pro kepada orang awam ini tak pro kepada pemodal.Pemandu bas dan teksi masih macam dulu terkejar trip kerja berbelas jam tokey bas dan teksi juga yang untung.
Selepas ini apa pulak yang naik tambang lori tak naik ke?Gerenti tambang lori naik barang pun mesti naik.CUEPACS mesti nak naik gaji sebab semua naik habis orang yang kerja swasta dan sendiri siapa yang nak perjuangkan ada lebih ramai dari orang CUEPACS.Kalau dulu gaji RM1000 dah okay sekarang gaji RM2000 pun tak cukup silap gaya ngam-ngam je tiap bulan.
Satu Malaysia Rakyat didahulukan prestasi diutamakan nampaknya hanyalah slogan sahaja aku pun boleh buat slogan.Dahulu ada slogan Bersih Cekap Amanah aku tengok tak bersih pun tak amanah pun lebih banyak rasuah ada semakin banyak yang pecah amanah.Kemudian slogan Cemerlang Gemilang Terbilang pun sama aku tengok tak ada pun terbilangnya.
Entahlah semakin aku pikir semakin berbelit senang lebih baik kalu ada peluang aku pindah tempat lain tapi apakan daya tiada arah.Jadi sendiri mahu ingat dan pikirlah.
Keluhan: AkuPemikirMelayu
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Tulisan Asal: Al-Hisham
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
“Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
“perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.
“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
“Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
“Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu’alaikum.”
Sumber: E-Dakwah
Hi there!
I have just been introduced to a web site that can pre-build your contact
list for this upcoming huge opportunity. This Web 2.0 site has designed a
system for everyone to use in order to position themselves on top by
recruiting more people. This site really does have everything needed to
pre-build your team for this new, revolutionary "first of its kind"
opportunity.
It truly kills all your birds with one stone:
*VIRAL Inviter - Invite friends from your social networking sites such as Facebook and more
*Import contacts from email providers such as Yahoo, Gmail and more
*Convert your list to CSV
*Rewards you for inviting more and more people to participate; and by doing that, you position yourself on top.
Undergoing MyBlogLog Verification
Best regards,
Ranum Setia
Bila Pencuri Kabel Mengganas, Gajah Yang Naik Minyak!!
12:32 AM | Sapa Nak Pandang with 1 comments »Hehehe..ya ke ni, macam tak percaya lak!!. Sebenarnya nak kata ya pun mungkin tidak, nak kata tidak memang tidak pun..apapun ianya berlaku di-bulan dan waktu yang sama, di-habitat yang sama. di hulu segala ulu…ini…
(Bot dan Keretapi masih lagi menjadi jalan perhubungan yang penting dihulu Kelantan)
Nak cerita, pernah sekitar awal 80an dulu, waktu itu jalan raya belum dok ada lagi.. saya pernah balik beraya kekampung dengan scrambler melalui jalan-jalan balak atau jalan “san tai wong”. Ini kerana pada sehari sebelum raya, keretapi tak boleh dinaiki kerana telah dipenuhi dengan orang2 dari bandar nak balik beraya kekampung. Nak naiki bot, kena jalan kaki dulu sejauh 10km untuk ke pengkalan, lagipun sehari sebelum raya, kebanyakannya bot-bot sudah kehilir, nak tak nak terpaksa le naik scrambler buruk untuk pulang beraya….
Itu dulu, dulu gajah-gajah tak pernah meracau dan mundar-mandir sana-sini saperti sekarang walaupun kita merentasi habitat mereka. Lagi pun waktu itu bukit-bukau tak lah tergondol saperti yang dok pandang sekarang ni. Begitu juga dengan pencuri, pencuri dulu tak lah terdesak saperti sekarang, desak tak terdesak satu-satunya kabel talifon yang dok ada tu.. dipotong-potong, dikerat-kerat begitu saja…macam le mee segera telah masuk ke mulut mereka atau mungkin dek kerana harga getah sekerap dah makin menurun maka dia orang pun beralih ke produk lain yang mungkin membawa pendapatan lumayan kepada mereka..
(Kabel talifon terus dipotong-potong dan dicuri tanpa kawalan)
Apapun, entah lah! sekali dok fikir diri teman ini seakan-akan mau rasanya nak ikut serta bersama gajah, sama-sama pakat-pakat naik minyak, sama-sama hentam sana-hentam sini tapi apa kan daya sebab bila dua kali fikir, sape le diri teman ni ye.. nak merintih-rintih, lebih-lebih lagi bila merintih kepada yang tak sudi...
Betul! Betul! Betul! Sape le sudi beri welfare kepada kita bila ianya melibatkan bisnes dan perbelanjaan yang besar. Belum pun sempat lapuran sampai kat kaunter lapuran, orang dah ribut-ribut bahawa talian telephone tak akan di pulihkan lagi kerana ia kawasannya yang terpencil lagi hulu segala ulu…Sape le nak pandang, sape le yang nak tengok ..tapi apa yang jelas teman dok tengok kabel telephone tu di curi lagi dan lagi dan lagi oleh si pencuri kabel yang ganas lagi terdesak…
Wallahualam.
(Diatas berita Gajah Naik Minyak dan dibawah gambar gajah tersebut yang sempat kawan teman ambil dgn handsetnya)
Sahabat SanaSini
-
'Mai mati sama-sama' - “Kalau hang tak mau hidup dengan aku, mai kita mati sama-sama.” Itulah kata-kata seorang warga emas sebelum secara tiba-tiba menikam isterinya selepas ber...
-
KOLEKSI DOA: Doa Ketika Keluar Tandas - Maksudnya: "Aku memohon keampunan daripadaMu". [image: Photobucket] Enter your email address: Delivered by FeedBurner Copyright.2009@HOT Z...
-
Apakah Kesilapan Dalam Gambar Ini (7)? - Wahai pengunjung yang bijaksana. Cuba teka apakah kesilapan yang terdapat pada gambar di atas? Ha, kalau tahu apa dia? Tuliskan apa jawapan anda. Tripl...
-
DALAM DILEMA, APA NAK BUAT NI? - Entry kali ni adalah kesinambungan dari entry aku yang lepas, yang bertajuk NAK IKUT KE CAKAP MAK BAPAK? Entry ni berkisarkan pada masalah orang bercinta, ...
-
LAKONAN TERBAIK BADUT-BADUT UMNO ... - Monday, November 9, 2009GEORGETOWN, 9 Nov: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat agar tidak tertipu perwata...
-
trust n loyalty.. - A suka dengan D sejak sekolah menengah..A akhirnya berjaya bercinta dengan D lepas SPM dimana percintaan hanya melalui telefon sahaja..A kemudian masuk mat...
-
Doa Untuk kedua Ibu Bapa Kita - *Rassulullah SAW pernah bersabda : *** ** * " setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... ne...
-
Arghhhh.... - A *rghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..........ya Robb!!!!* [image: post signature]
-
Bagaimana Jadikan Blog Sebagai 'Private' - Panduan bagaimana cara untuk menjadikan blog anda sebagai blog peribadi (private) tidak boleh di baca secara terbuka dalam internet. 1. Untuk menjadikan bl...
-
Sebenarnya kan.. - Sebenarnya kan... tak taw lol nak habaq cmne dah.. HELP ME..
-
Biarkan aku merapu......... - *gerammmmmmmmnyerrrr..... izan tak buleh lepas kemana-mana* *Ada perasaan bersalah...... maaf sebab tak dapat jenjalan sesangat ke laman teman... tapi iza...
-
Sengal sungguh - Walaupun tangan agak kejang..kugagahi jua untuk menaip di sini. Weekend yg best! Jumpa bestfriends sekolah menengah, yang saya rasa even dah kawin dan bera...
-
Saf Di Dalam Solat: Kedudukan, Perintah & Tuntutannya - Sudah lama jari-jemari ini tidak mewadahkan sesuatu di blog ini. Hari ini, alhamdulillah kesempatan ada untuk menulis sepatah dua. Semoga bermanfaat kepada...
-
Skuad D.A.R.A mula beraksi - Pada 04 Oktober 2009 , bertempat di base 9W2DCT ( Pak Nan ) , Skuad DARA ( Dabong Amateur Radio Association) telah menjalankan projek pemasangan antena 4 t...
-
Xdapat Kawe Nak Nolong !! - Assalamualaikum...sempat gak nak tulis ni. Singgah CC bukit sekilau jap. Sekadar nak kabor ke deme je. Ana ni dah kat malaysia.. Masalah paling besornye, t...
-
SALAM AIDILFITRI - Tak terlewat rasanya buat kami mengucapkan... Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Batin dan Taqabbalallahu minna wa minkum buat semua warga Intersaber,...
-
PayPal Money - At *Paypal Money* you can make *$38,742,048.90 *just by refering 9 people! Automatic Cash Out Great Program, Good System, No Risk, No HYIP 100% No Scam Prog...
-
Faktor2 kemerosotan undi PAS di Manek Urai - Adakah PAS kalah di Manek Urai? Pada saya Pas tak kalah cuma merosot. Apa pun tahniah kepada Abe Uji dan lepas ni boleh angkat sumpah sebagai ahli dewan un...















